Laman Utama

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته - Portal Rasmi Masjid As-Salam Pengkalan Chepa


Majlis sambutan Isra' dan Mi'raj

Pengumuman majlis sambutan Isra' dan Mi'raj di Masjid As-salam Pengkalan Chepa

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28 Rejab 1432H bersamaan 30 Jun 2011M

Masa : Selepas Solat maghrib

Penceramah : Alfadhil Ustaz Haji Zainuddin bin Che Ismail

Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri

Muslimin dan muslimat dijemput hadhir beramai-ramai.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 29 Jun 2011 00:29)

 

Kuliah Subuh

Pengumuman untuk kaum muslimin dan muslimat di mana sahaja berada, iaitu Masjid As-salam Pengkalan Chepa akan mengadakan kuliah subuh pada hari sabtu 5 Jamadil Awal bersamaan 9 April 2011. Kuliah subuh akan disampaikan oleh Habib Abdul Rahman Ali Al-Masyhur, iaitu anak saudara kepada Habib Umar.

Kepada muslimin dan muslimat dijemput hadhir beramai-ramai untuk mengikuti kuliah subuh tersebut...!

Sekian dimaklumkan.

 

Iklan Pengambilan Pelajar Baru Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi MEI 2011/2014

10 FEBRUARI 2011, KHAMIS - Pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Al Quran dibuka sekarang.Permohonan adalah dipelawa untuk mengikuti kursus Diploma Tahfiz Al-Quran bersama Darul Quran (JAKIM) di Maahad Tahfiz Al Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi sesi pengajian Mei 2011/2014.

Calon-calon yang berminat boleh memuat turun borang permohonan melalui portal MAIK atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran MAIK atau Pejabat Pentadbiran Maahad Tahfiz Al Quran (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.

 

Iklan Pengambilan Pelajar Maahad Tahfiz

Borang Pengambilan Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran

[ Muat Turun Iklan dan Borang ]

 

Terakhir Dikemaskini (Ahad, 20 Februari 2011 12:45)

 

Anda Bijak Menjauhi Zina

Program Ceramah Motivasi Perdana Untuk Remaja Islam

Pihak Masjid As-Salam Pengkalan Chepa akan mengadakan satu program motivasi untuk kalangan remaja dengan tajuk "ANDA BIJAK MENJAUHI ZINA" pada hari Jumaat bertarikh 1hb. April 2011 bersamaan 27hb Rabiul Akhir 1432. Program ini akan bermula selepas sembahyang maghrib dengan penceramah jemputan, Dr. Azhar Yaakob (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa). Semua dijemput hadir, khususnya para remaja untuk memotivasikan diri bagi menjauhi dari terjebak dengan angkara ZINA.

 

GEJALA RASUAH : SATU PERBUATAN JENAYAH


جابتن كماجوان إسلام مليسيا
" ضجالا رسواه : ساتو فربواتن جنايه "
(17 دسيمبر 2010 / 11 محرم 1432ﻫ)




سيدغ جمعة يغ درحمتي الله،
دكسمفتن برادا فد هاري جمعة يغ موليا اين، ساي برفسان كفد ديري ساي دان كفد سيدغ جمعة سكالين ماريله سام۲ كيت منيغكتكن كتقواءن كيت كفد الله سبحانه وتعالى دغن برسوغضوه-سوغضوه ملقساناكن سضالا فرينتهث دان منيغضلكن سضالا لارغنث. موده-مودهن كيت ممفراوليهي كبركتن دان كريضاءن سرتا فرليندوغن الله سبحانه وتعالى ددنيا دان دأخيرة. منبر فد هاري اين اكن مثمفايكن خطبة يغ برتاجوق: "ضجالا رسواه : ساتو فربواتن جنايه".

Baca lagi...

 

Hakcipta Terpelihara © 2010 - 2011 Portal Rasmi Masjid As-Salam Pengkalan Chepa. All Rights Reserved.
Penafian: Masjid As-Salam  adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

MASJID AS-SALAM
Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tel / Fax : 09-7744091
E-Mail : mbkj_alsalampc@e-maik.my

Yang DiPertua MAIK

Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra

Yang Teramat Mulia
Tengku Mahkota Kelantan,
Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra

MAIK

Terjemahan


e-Sholat
Soalan Lazim

Kenapakah Laman sesawang Masjid As-Salam diadakan?
Laman sesawang ini diwujudkan sebagai satu kaedah yang untuk menyampaikan maklumat dan memberikan hebahan kepada masyarakat tentang Aktiviti, Program dan Perkhidmatan yang disampaikan oleh Masjid As-Salam. Laman sesawang ini juga memberi maklumat kepada umum tentang fungsi, objektif dan perkhidmatanyang diberikan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK).

Siapakah yang dibenarkan untuk melayari  dan menggunakan Portal ini?
Umumnya, laman sesawang Masjid As-Salam boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.

Dasar Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.  Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumbalas dan Aduan

Maklum Balas
Masjid As-Salam amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui menu Kaunter Pelawat yang disediakan dalam Portal ini.